Friday, July 23, 2010

BAPA SEGALA SETAN

Rakam gambar noda anak



KUALA LIPIS: Dia sudah ada empat isteri, namun seorang kontraktor layak digelar ‘bapa setan’ apabila tergamak menjadikan anak kandung hasil perkahwinan dengan isteri keduanya sebagai tempat memuaskan nafsu apabila memperkosa mangsa sejak berusia sembilan tahun di Kerambit, dekat sini.
Lebih keji, lelaki berusia 49 tahun itu turut merakamkan perbuatan terkutuknya merogol anak yang kini berusia 14 tahun di dalam bilik dengan telefon bimbitnya sebelum menyimpan rakaman berkenaan.

Difahamkan, setiap kali melakukan perbuatan kejinya, lelaki terbabit mengugut akan memukul atau mencederakan mangsa jika membongkarkan rahsia selama enam tahun itu kepada ibunya atau sesiapa saja.

Bagaimanapun, episod duka mangsa berakhir selepas remaja terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, menceritakan kejadian itu kepada seorang guru wanita di sekolahnya.

Terkejut dengan pendedahan itu, guru wanita berkenaan menghantar mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kuala Lipis untuk membuat laporan sebelum mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, ketika dihubungi semalam, mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di HKL mengesahkan mangsa dirogol dan sepasukan anggota polis menyerbu rumah suspek sebelum menahan lelaki itu ketika dia berehat di rumahnya, kira-kira jam 2.15 petang kelmarin.

Katanya, polis turut merampas telefon bimbit lelaki terbabit yang digunakannya ketika merakamkan perbuatan terkutuk itu sebelum dibawa ke IPD Lipis untuk siasatan lanjut.
Abdul Razak berkata, pelajar itu mendakwa kejadian terbaru dia dirogol bapanya berlaku Rabu lalu ketika ibu mangsa tiada di rumah dan perlakuan jijik itu turut dirakam menggunakan telefon bimbit.

“Siasatan turut mendapati ibu mangsa mengesyaki sesuatu dan perubahan pada diri anaknya sebelum meminta mangsa menceritakan kejadian sebenar, tetapi dia enggan membongkar kejadian itu kerana bimbang dipukul atau dicederakan ayahnya.

“Mangsa anak tunggal isteri kedua lelaki terbabit kini diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dekat sini, untuk mendapatkan hak penjagaan sehingga selesai menjalani pemeriksaan di HKL,” katanya semalam.

Menurutnya, pemeriksaan awal polis terhadap telefon bimbit suspek mendapati rakaman beberapa minit itu sama dengan suasana dalam sebuah bilik tidur di rumah lelaki terbabit, namun wajahnya tidak dapat dilihat jelas.

Katanya, lelaki terbabit kini direman seminggu di IPD Lipis untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.-METRO

Tuesday, June 22, 2010

LUBANG NERAKA DIUZBEKISTAN

Adakah ini lubang neraka yang digelar penduduk tempatan...atau sekadar satu lagi bukti kekuasaan Allah...untuk memberi peringatan bagi mereka yang lalai.....sesungguhnya surga dan neraka itu adalah urusan Allah...pemikiran kita tidak mampu untuk mencapainya.....






Monday, June 21, 2010

GAMBARAN HARI KIAMAT

Hari kiamat pasti datang.....ada baiknya kita mengambil iktibar dari filem-filem yang mengisahkannya.....kesedaran mereka yang membuat filem ini ada....apatah lagi mereka bukan islam seperti kita..kenapa kita pula yang lalai akan kedatangannya.....


Monday, July 27, 2009

Ali Rustam Nak Rosakkan Pulau

WWF Malaysia Terkejut Melaka Akan Majukan Pulau Upeh

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- WWF- Malaysia terkejut dengan pengumuman Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam bahawa Pulau Upeh, kawasan pantai penetasan utama penyu karah akan dibangunkan.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Dionysius S.K. Sharma berkata rancangan ini muncul walaupun WWF-Malaysia mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri itu mengenai pentingnya Pulau Upeh dan pantai penetasan utama penyu karah lain.

WWF-Malaysia menekankan pada pertemuan itu bahawa perlindungan undang-undang bagi semua pantai penetasan utama termasuk seluruh Pulau Upeh diperlukan, kata beliau dalam kenyataan di sini Isnin.

Ia juga menekankan bahawa hanya kesan rendah penyu berasaskan ekopelancongan yang jelas di pulau itu sementara negeri ini memperoleh pendapatan daripada pelancongan serta bagi memastikan survival penyu karah.

Beliau berkata meneruskan pembangunan tanpa mengambilkira keuntungan dan kesan pembangunan terhadap populasi penyu, akan memberi kesan yang tidak baik terhadap habitat penetasan.

"Bagi memberi ruang pada pembangunan yang terancang, kerajaan negeri janganlah melaksanakan penambakan tanah di atas atau berhampiran dengan pulau. Sebarang penambakan seperti itu akan memberikan kesan yang tidak baik kepada penyu," tambah beliau.

Beliau berkata kini pantai penetasan di Melaka termasuk Pulau Upeh tidak dilindungi secara sah. Pemuliharaan penyu karah di Pulau Upeh bergantung pada perlindungan undang-undang di seluruh pulau tersebut.

"Kehidupan penyu berasaskan ekopelancongan bergantung pada penyu kembali ke Pulau Upeh untuk menetas setiap tahun. Rantau Abang adalah satu contoh di mana penyu berasaskan pelancongan didapati salah," kata Dr Dionysius.

Hukum Karma

Allah akan melaknat orang yang suka merosakkan dan membinasakan....tunggulah balasan yang akan menimpa Ali rustam ni